Pages

Ads 468x60px

Thursday, February 17, 2011

Maisarah pandai duduk..


Hari ini saya sangat gembira melihat anak saya membesar dengan asuhan sendiri. Hari ini genap 8 bulan usianya dan dia sudah pandai duduk sendiri tanpa perlu sokongan dari saya..walaupun perkembangan dirinya lambat sedikit berbanding kanak-kanak lain, saya tetap bersyukur. Pengajarannya, bayi yang sedang membesar perlu dilatih mengikut perkembangan fizikal yang sepatutnya. Anak saya lambat memahirkan diri kerana selalu dibawa ke sana sini kerana mengikuti saya menjalankan perniagaan. Setiap minggu kami akan berulang alik Johor-Selangor-Kedah. Walaupun penat tetapi berbaloi dengan pendapatan yang kami perolehi. Bahkan, ibu bapa dan mentua saya sangat gembira dengan pencapaian kami sekarang. Kerana QNet ini, kami mampu untuk pulang ke kampung setiap bulan di samping menjalankan bisnes. Ibu bapa mentua saya merasa sangat gembira kerana dapat bertemu dengan cucu sulung mereka. Setiap kali pulang ke sana, mereka akan bermain sepuas-puanya dengan cucu mereka. Mereka akan sentiasa mencari masa untuk diluangkan bersama cucu mereka. Inilah keindahan bersama QNet.. saya tidak dapat membayangkan sekiranya kerjaya cikgu menjadi pilihan saya. Untuk pulang ke kampung Selangor dan Kedah tidak mungkin dapat saya lakukan setiap minggu. Dengan jadual yang padat, gaji yang tak seberapa, nak bayar sewa rumah, bil air elektrik, kereta, makan minum, minyak, telefon.. mungkin 10kali terpaksa saya fikir jika saya mahu pulang ke kampung..tetapi dengan QNet saya mampu melakukan semua itu tanpa keraguan kerana saya yakin dengan QNet saya dapat mencapai lebih daripada apa yang saya akan perolehi jika menjadi guru. ‘Believe in yourself’ itulah kata keramat yang akan sentiasa ada di dalam diri saya demi memastikan setiap yang saya lakukan akan mebuahkan kejayaan.

Pengenalan tentang QNet


Masa Lalu, Kini, dan Akan Datang


Kami berkahwin semasa kami masih dalam pengajian di UTM, Skudai. Ibu bapa kami agak khuatir dengan masa hadapan kami memandangkan kami masih dalam pengajian dan tidak mempunyai pendapatan bagi menyara hidup. Namun, saya dan suami bertekad untuk membuktikan kepada umum bahawa kami boleh mengharungi cabaran tersebut tanpa bantuan mereka. Pelbagai jenis perniagaan telah kami usahakan untuk mendapatkan sesuap nasi. Namun semakin hari, hanya hutang yang bertambah. Tak kiralah sebanyak mana pun kami bekerja keras, mesti ada hutang yang terpaksa ditanggung demi memenuhi keperluan hidup. Itulah realiti hidup..

Genap 2 tahun usia perkahwinan kami, kami dikurniakan zuriat yang pertama. Orang kata, anak itu pembawa rezeki..Alhamdulillah..andai kita benar-benar redha dengan ketentuan Allah, Dia akan membantu kita. Abang diperkenalkan dengan QNet oleh rakan karibnya. Alhamdulillah selepas tiga minggu abang berjaya membeli sebuah kereta baru Persona Elegance 1.6.. ini merupakan langkah permulaan bagi kami. Dibandingkan dulunya kami hanya memiliki Kancil 660 yang sudah berusia 12 tahun, kami berjaya membuat perubahan sedikit demi sedikit..

Saya sangat bersyukur dengan adanya bisnes ini kami berjaya mengubah hidup kami. Terdapat banyak manfaat yang kami perolehi daripada melakukan bisnes network marketing ini. QNet betul-betul telah menyediakan satu bidang perniagaan yang bagus untuk diceburi. Hanya dengan modal permulaan yang sedikit iaitu sebanyak RM2320, kami telah berjaya menjana keuntungan seratus peratus. Kini jumlah pendapatan yang telah kami perolehi telah mencapai 5 angka dalam tempoh 7 bulan sahaja. Dan pendapatan ini semakin hari semakin bertambah dengan berkembangnya rangkaian kami. Alhamdulillah..

Paling seronok sekali, cara bekerja kami tidak seperti orang lain yang setiap pagi terpaksa bersesak-sesak pergi ke kerja dan bersesak-sesak pulang dari kerja. Saya tidakdapat bayangkan kehidupan saya jika saya memilih pekerjaan sebagai guru dengan kelulusan ijazah yang saya miliki. Jika kerjaya guru menjadi pilihan, saya terpaksa meninggalkan anak saya yang masih kecil di rumah pengasuh, ataupun menambah beban kepada ibu bapa yang sudah tua untuk menjaganya. Sungguh zalimnya kita terhadap ibu bapa kita..  Sampai bila kita terpaksa berebut dengan orang lain untuk pergi ke pejabat? Sampai bila kita terpaksa bekerja di bawah kuasa orang lain dan menyusahkan orang yang kita sayangi? Kami hanya bekerja di rumah. Dalam seminggu, hanya 4 kali sahaja kami akan keluar mencari pelanggan baru. Itupun tidak memakan masa yang lama. Kami dapat membesarkan anak kami dengan tangan sendiri. Tidak perlu menyusahkan ibu bapa kita untuk menjaga cucu mereka. Sepatutnya ibu bapa kita diberikan rehat secukupnya kerana telah berpenat lelah membesarkan kita. Tetapi dengan bekerja setakat makan gaji, mampukah kita untuk memberikan keselesaan kepada ibu bapa kita yang telah banyak berjasa kepada kita? Saya pecaya ramai di antara ibu bapa anda di luar sana yang telah mempunyai ramai cucu tetapi masih belum berpeluang untuk menunaikan haji. Bila lagi agaknya mereka berpeluang menunaikan haji agaknya? Sedangkan mereka itu dalam keadaan RTM (rehat tunggu mati).. nak tunggu giliran Tabung Haji mungkin waktu itu ibu bapa kita sudah tidak larat nak jalan jauh ataupun yang lebih buruk lagi mereka telah meninggal dunia dan tidak sempat menunaikan haji. Inikah yang kita semua impikan?

Saya berjaya mendapatkan kemewahan dan kesenangan hidup dengan melakukan bisnes ini. Tidakkah anda mahu memiliki hidup seperti yang telah saya miliki sekarang? Inilah saatnya untuk mengubah hidup anda. Kerja makan gaji tidak akan memberikan masa depan yang terjamin. Dengan QNet anda mampu mengubah masa depan anda.